Powered by Elegant Dynamic

Latest

Image

Kursus Fotografi Pro

Kursus Fotografi Pro

Kursus Fotografi Professional anjuran pensyarah Fotografi UiTM Melaka bertempat di Setia Tropika Johor Baharu. Kursus yg padat tetapi santai penuh dgn tips dan ilmu yg berguna melengkapkan anda sbg jurufoto berjaya.

Advertisements

3 in 1 Digital Photography Course : Course Content

Course Outline :

i. Element of Photography (Basic Technique)

–          Introduction of Photography

–          Camera and lens types

–          Introduction ISO, Aperture and Shutter Speed.

–          Camera Function

 

ii. Photojournalism

–          Introduction and Significance The Photojournalism

–          Photo Essays

–          Photo Sequence

–          Fine Art Photography

–          Clip Photojournalism

 

iii. Studio Lighting

–          Introduction Studio Lighting Equipments

–          Ratio Techniques

–          High Key and Low Key

–          Top, Back and Bottom Lighting

–          Butterfly and Background Lighting

 

iv. Element of Photography 2 (Composition)

–          Introduction Basic Colour Theory

–          Element of Composition

–          Colour Temperature

–          Black and White Conversion

 

v. Basic Studio Lighting (Advertising)

–          Glassware and Silverware

–          Loop, Spilt and Profile Lighting

–          Outdoor Lighting

 

vi. Adobe Photoshop Editing Tools

vii. Editing and Retouching Technique

viii. Photomontage

 

 

Kursus Fotografi 3 in 1

Menjadi semacam trend plak sekarang ni byk dah org2 yg menganjurkan kursus/bengkel fotografi samada basic ataupn advance. Ini satu perkembangan yg bagus bagi memartabatkan industri fotografi yg kita sayangi ni. Kursus2 ni penting utk newbie bagi mengenal kamera ataupn bagi mereka yg ingin menambahkan ilmu didada. Tp dalam kita nk berguru pn harus juga tengok pada gurunya…silap menuntut, dpt ilmu salah..haru..Duit abih ribu2 tp ilmu yg dpt xberbaloi. Baik baca manual kamera tu je..Tp kalau kena dgn gurunya, maka pembelajaran tu akan dpt dipercepatkan kerana belajar dgn teknik yg betul dari mereka yg betul2 mahir/pakar.

Jadi disini aku nak uar2kan dulu bahawa, satu kursus fotografi Digital:Back to basic Siri 2 akan dianjurkan oleh pensyarah(lecturer) UiTM, Melaka. (siri 1 dh berlansung bulan 12 tahun lepas dan dibuat secara tertutup utk kakitangan UiTM dan anak2 staf saja) Berikut ni adalah detail bengkel;

• Bila : 20 – 22 Mei 2011
• Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka
• Yuran Penyertaan ; RM 800 (utk indv yg mendaftar selepas 15 April 11)
RM 700 (Utk indv yg mendaftar sebelum 15 April 11)
• Tenaga Pengajar : En Nadzri Mohd Shariff
(Pensyarah Fotografi , Jabatan Fotografi UiTM, Melaka
; En Meor Hasmadi
( Pensyarah PhotoEditing , Jabatan Fotografi UiTM, Melaka
: En Affendi Mohd Shas
(Pensyarah Fotografi, UniSel, Selangor)

 

 

Wedding Photo Album

A photographic album, or photo album, is a collection of photographs, generally in a book. Some albums have compartments which the photos may be slipped into; other albums have heavy paper with a sticky surface covered with clear plastic sheets, in which photos can be put. Older style albums often were simply books of heavy paper which photos could be glued to or attached to with adhesive corners, or pages.

Coffee table books / photo books
Coffee table books get their name from the intended purpose of being placed on a coffee table for the entertainment of guests. Coffee table books are photo books, and come in various sizes from very small to very big. They have soft, thin pages like normal books. A coffee table book is typically larger and is bound in a hard cover, whereas a smaller photo book is normally bound in a soft cover. The print quality of photo books varies from photographic paper prints to inkjet prints on normal paper.

Digital photo books
Digital photo albums have digitally printed pages as opposed to albums that consist of traditional photos. Both flush mount albums as well as coffee table books are printed digitally. The photos of flush mount albums are printed on photographic paper, which is comparable to the quality of traditionally developed photos. Coffee table books, on the other hand, are printed with inkjet on ordinary paper and are therefore of a lower quality. Digital printing gives the album designer a vast number of design possibilities, for example magazine-style or montage albums are only possible with digital printing.

Flush mount albums
Flush mount albums have hard covers with thick, unbending pages. They consist of photographic prints that were dry-mounted on cardboard. The covers are mostly made of leather, leatherette or Glass. The photos lay completely flat and extend across the whole page. Flush mount albums are usually designed in magazine-style. They are most often used for special occasions such as weddings and anniversaries due to the fact that they are produced of a higher quality and are more expensive to produce than coffee table books.

Magazine-style albums / montage albums
The term magazine-style refers to the design style inspired by fashion magazines, but the style can differ greatly between albums dependent on the designer. The layout is usually referred to as digital montage, hence the alternative name montage albums. The layout is designed on the computer, utilizing custom- or template- generated images.

Storybook albums
Storybook albums narrate a story, like the story of a wedding day or a vacation from beginning to end. If they are digitally printed the designer can use images as well as text, graphics and colour for the narration of the story.

Matted album
Matted albums are albums with recessed frames, in which each photo is hand-mounted. The photos are digitally or traditionally printed and can also be changed also after completion of the album.

Self-mount album
Self-mount albums are the most common form of traditional album. They contain manually mounted digital or traditional photos that can be rearranged. Self-mount albums are easy to produce and can be used for any occasion.

Source: Wikipedia

Fotografi dari sudut pandangan Islam

MELALUI gambar kita cepat mengenali seseorang, lebih-lebih lagi dari sudut wajah yang bukan saja memantulkan ketampanan dan keayuan, malah melukiskan watak serta sikap individu terbabit. Bagi sesetengah pihak seperti selebriti dan ahli politik, gambar memainkan peranan penting khususnya dalam meraih populariti, tetapi pada masa sama, gambar juga men jatuhkan maruah seseorang dalam sekelip mata. Secara umum gambar adalah satu medium komunikasi yang sangat berpengaruh dan kerana itu hari ini kita dibanjiri dengan pelbagai jenis dan bentuknya, termasuk yang bersifat fitnah, kurang sopan dan berunsur lucah.

Bagaimanapun, Islam mengharamkan gambar kurang sopan dan berunsur lucah, tidak kira ia datang dalam bentuk apa sekali pun, sama ada hasil daya kreativiti melalui kemahiran tangan, media cetak mahupun elektronik. Tetapi apakah pengharaman mengenainya terhenti setakat itu saja? Bagaimana dengan yang lain, misalnya gambar dihasilkan melalui teknik fotografi, lukisan potret, anak patung mainan dan ukiran berupa makhluk?

Al-Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a yang berkata: “Rasulullah s.a.w kembali dari pelayaran dan saya menutup sehelai kain di dinding yang padanya ada gambar lukisan.

“Apabila Rasulullah s.a.w melihat gambar itu, serta-merta bertukar warna wajahnya, lalu berkata: ‘Wahai Aisyah! Se berat-berat seksa yang diterima oleh seseorang daripada Allah pada hari kiamat ialah orang yang cuba meniru rupa makhluk Allah.’

“Selepas mendengar ancaman Rasulullah itu saya pun mengambil kain lukisan itu dan saya potong-potongkan untuk dijadikan kain alas bantal.”

Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, hadis terbabit menunjukkan peng haraman gambar dan patung, sama ada ia berbentuk, ber bayang, dibuat untuk diagungkan atau tidak kerana semua itu penyerupaan dengan penciptaan Allah.

Cuma, katanya, yang dikecualikan daripada gambar tadi iaitu melukis gambar seperti pohon dan rumah iaitu yang tiada roh padanya.

Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari daripada Said bin Abul Hasan, katanya: “Pernah pada suatu hari aku berada di majlis Ibnu Abbas r.a, tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki lalu berkata: ‘Hai Ibnu Abbas! Sesungguhnya aku ini, mata pencarianku daripada kerja seni tanganku dan aku membuat gambar-gambar dan patung-patung itu, apa ka tamu?’

Lalu Ibnu Abbas menjawab kepada orang yang bertanya itu: “Aku tidak akan memberitahumu melainkan apa yang aku sendiri mendengar daripada Rasulullah s.a.w sebagai ja wapanku.

“Aku mendengar baginda berkata: ‘Sesiapa yang meng gambar suatu gambar (patung yang berjisim), sesungguhnya Allah akan menyeksanya sehingga dia dapat meniupkan roh padanya sama sekali.’”

Mendengar jawapan Ibnu Abbas, orang itu kelihatan sangat gelisah kerana tidak senang mendengar jawapan terbabit dan berasa tersinggung.

Ibnu Abbas berkata lagi kepadanya: “Celaka engkau! Ki ranya engkau mesti menggambarkan atau melukis juga, buatlah gambar-gambar pepohon, gambar pemandangan dan apa saja gambar yang tidak mempunyai roh.” (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut Abdullah, dibenarkan juga daripada jenis patung permainan untuk kanak-kanak kerana tiada padanya tujuan untuk mengagungkan atau menimbulkan bangga diri dan sombong.

Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim da ripada Aisyah, Ummul Mukminin r.a yang berkata: “Dahulu pernah aku bermain anak-anak seperti juga anak-anak pe rempuan yang lain di sisi Rasulullah s.a.w.

“Kemudian datang kepadaku teman-temanku dan mereka sentiasa bersembunyi daripada Rasulullah s.a.w kerana takut kepadanya, padahal Rasulullah berasa gembira melihat me reka datang untuk bermain-main denganku.”

Di dalam riwayat Abu Daud pula, Nabi s.a.w berkata kepada Aisyah suatu hari: “Apa ni?” Jawab Aisyah: “Ini anak-anak perempuanku.” Kata baginda lagi: “Apa yang di tengah-te ngah ini?” Jawabnya: “Kuda.”

Tanya baginda: “Apa ini yang di atasnya?” Jawabnya: “Dua kepak.” Kata baginda: “Kuda ada dua kepak?” Jawabnya: “Apakah kau tidak pernah dengar yang (Nabi) Sulaiman bin Daud ada kuda yang berkepak?”

Nabi s.a.w pun ketawa geli hati, sehingga kelihatan gigi-gigi gerahamnya.”

Asy-Syaukani berkata: “Ternyata dari hadis ini ada dalil yang membolehkan kita memberikan anak-anak kecil patung permainan yang berupa, umpamanya bentuk pengantin suami isteri.”

Tetapi Imam Malik meriwayatkan pula, makruh bagi orang lelaki membelikan anak patung untuk anak perempuannya.

Al-Qadhi Iyadh berkata: “Bermain anak patung yang ber bentuk anak perempuan untuk anak perempuan adalah harus.”

Abdullah berkata, antara hal yang menarik perhatian kita, apabila gambar ini bertujuan bukan untuk dibesar-besarkan dan tidak sempurna bentuknya, ia halal dan boleh di manfaatkan.

Mengenai gambar dengan alat fotografi, iaitu kamera, beliau mengatakan secara menyeluruh termasuk dalam nas yang mengharamkan, melainkan gambar yang wajib dan memang ketara kebaikannya.

Ini seperti gambar untuk kad pengenalan, pasport, gambar orang jahat dan orang yang dituduh disebabkan semua ini termasuk dalam kaedah umum yang mengatakan darurat itu mengharuskan yang dilarang.

Bagi Pensyarah Kanan di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty, fotografi sebagai medium komunikasi tidak jatuh dalam kategori gambar yang di larang.

Menurutnya, Nabi s.a.w memang mengutuk orang yang membuat gambar dan ukiran yang melambangkan patung kerana ia membawa kepada syirik, selaras dengan kaedah usul fiqah (prinsip perundangan Islam) sesuatu yang membawa kepada haram ia adalah haram.

Tetapi, katanya, fungsi fotografi hari ini tidak jatuh kepada kategori terbabit, malah sesetengah ulama yang dahulunya mengecam keras fotografi kemudian menukar posisi terhadap hukum berkenaan.

“Malah, mereka juga membenarkan gambar mereka diambil untuk disiarkan dalam akhbar, syarahan melalui rakaman video dan pembentangan.

“Sebelum ini mereka hanya membenarkan dalam kes pengecualian seperti urusan pasport, lesen memandu dan sebagainya.

“Perubahan pandangan mereka terhadap fotografi adalah berasaskan penilaian mereka ke atas peranan fotografi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, seseorang tidak boleh membuat kenyataan yang semua fotografi adalah halal (dibenarkan).

“Ia bergantung kepada penggunaan dan fungsinya. Jika ia untuk tujuan pendidikan serta tidak dicemari dengan tujuan sanjungan dan penyembahan, ia tidak dilarang,” katanya.

Sementara itu, menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, melalui bukunya Halal dan Haram Dalam Islam, menghasilkan gambar dengan alat fotografi (kamera), yang paling dekat dengan jiwa syariat Islam dalam permasalahan ini ialah dibolehkan dan jika tidak pun hukumnya jatuh makruh.

“Itupun kalau gambar yang diambil tidak termasuk gambar yang diharamkan oleh Islam seperti gambar yang me nampakkan tempat sulit kaum wanita atau lelaki yang boleh menimbulkan fitnah atau menggambarkan lelaki sedang bercium-ciuman dengan wanita atau seumpamanya,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

PAkej….

Check out my Slide Show!